MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT) EDISI KE-4 BIL. 1/2017

Mesyuarat yang julung kali diadakan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus (Gambar) Mesyuarat yang julung kali diadakan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus (Gambar)


Tarikh      : 18 Mei 2017 (Khamis)

Tempat     : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Aras 17, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Mesyuarat JK Pelaksana SUKIPT 2018 ini diadakan bagi mengikuti perkembangan serta laporan setiap JK terlibat iaitu Sekretariat Induk yang terdiri daripada 10 JK iaitu Jemputan, Tajaan, Teknikal & Pertandingan, Technical Acreditation Centre (TAC), Media (Publisiti, Buletin & Dokumentasi), Anugerah Khas, Kewangan, Keusahawanan & Industri Sukan, Perolehan & Audit dan Kategori OKU.  Manakala, Host Venue pula terdiri daripada 8 JK iaitu Majlis-majlis Rasmi, Sambutan & Protokol, Penginapan, Jamuan, Keselamatan, Persembahan, Pengangkutan dan Logistik.

Mesyuarat yang julung kali diadakan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus selaku Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, KPT merangkap Pengerusi JK Pelaksana SUKIPT 2018.

Seterusnya, segala tujuan telah berjaya dicapai pada mesyuarat ini dan segala penambahbaikan akan dilakukan dengan kadar segera bagi merealisasikan penganjuran yang gilang gemilang pada SUKIPT 2018 nanti.